dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Jiwa Madani ”Viewing Party” Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke 17

21 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Julai 2024, Jabatan Penerangan (JAPEN) telah menganjurkan Program Jiwa Madani ”Viewing Party” Sempena Istiadat Pertabalan YDPA Agung Ke 17 Peringkat Parlimen Kuala Kedah. Program berlangsung bermula jam 10.00 pagi sehingga 2.00 petang melibatkan komuniti Kuala Kedah bertempat di NADI Kuala Kedah.

Program kerjasama antara MCMC dan Jabatan Penerangan daerah Kota Setar bersama-sama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kluster Kota Setar telah mengadakan sesi tayangan istiadat YDPA Ke-17 dan sesi perkongsian maklumat isu-isu semasa berkenaan YDPA kepada komuniti setempat. Program ini berakhir dengan sesi soal jawab dan jamuan makan bersama komuniti yang terlibat.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti mengenai kepentingan Perlembagaan Malaysia dan Kesetiaan Kepada Raya dan Negara kerana Raja adalah simbol kepada kedaulatan, kemakmuran, perpaduan, keharmonian dan kekuatan sesebuah masyarakat. Tambahan pula Istiadat Pertabalan ini sesuatu yang jarang berlaku dan hanya lima tahun sekali sahaja semasa pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.